Saya baru sahaja membaca satu artikel yang menginsafkan.Jadi,saya mahu kongsikan di sini.
Selamat Membaca.
Assalamualaikum.
Nikmat Kesihatan
Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang. (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)
E-mail ini adalah cerita bergambar yang sebenar . Ianya boleh merubah hidup kita, cara kita berfikir serta maksud hidup kita.Ianya adalah kisah seorang lelaki dariBahrain yang bernama Ibrahim Nasser.
Dia telah lumpuh sepenuhnya sejak lahir dan hanya boleh mengerakkan kepala dan jari-jari. Pernafasannya juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Ini gambar Syeikh Nabeel di Lapangan Terbang dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Ibrahim.

Saat-saat bila Syeikh Nabeel masuk ke dalam bilik Ibrahim


Syeikh Nabeel mencium dahi Ibrahim

Syeikh Nabeel dan Ibrahim berkongsi cerita tentang dakwah melalui internet dan segala macam usaha yang diperlukan olehnya. Mereka juga berkongsi cerita tentang perkara lain.


Ibrahim tidak dapat menahan air mata yang mengalir apabila mengenangkan pengalaman yang menyedihkan


Syeikh Nabeel telah bertanya kepada beliau, sekiranya Allah memberikan dia nikmat kesihatan sehingga dia boleh berjalan, apakah yang akan dilakukan olehnya ?
Mendengar Soalan ini, Ibrahim telah menangis sepuas-puasnya sehingga ayahnya, bapa saudaranya dan kesemua orang di dalam bilik itu termasuk juga jurugambar telah menangis.
Dia telah menjawab, demi Allah jika saya boleh berjalan maka saya akan menunaikan sholat saya di masjid dengan penuh gembira dan akan menggunakan segala nikmat kesihatan untuk mendapat redha Allah.

Tamat Artikel.
Itulah dia.Jika Ibrahim yang kurang upaya boleh berdakwah melalui internet,inikan pula kita.
Renung-renunglah kelemahan diri kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan