14 April 2010

Itulah Al Quran

Dr. Tariq al-Swaidan dalam penelitiannya mendapati beberapa perkara yang disebut dalam al-Quran mempunyai persamaan dengan lawannya. Perkataan lelaki disebut sebanyak 24 kali dalam surah-surah tertentu. Disebut juga sebanyak 24 kali perkataan wanita dalam keseluruhan al-Quran. Seterusnya dalam penelitian beliau, perkara lain juga didapati berjumlah yang sama. Perkataan Dunia disebut sebanyak 115 kali dan Akhirat juga 115 kali; perkataan Malaikat 88 kali manakala Syaitan juga 88 kali; Hidup 145 kali manakala Mati 145 kali; Zakat 32 kali, Barakah juga 32; Berfikir 49, Nur 49, dan Penderitaan 114, "Kesabaran" juga 114 kali.

Lebih menakjubkan perkataan solat muncul sebanyak lima kali, hari bulan sebanyak 12 kali dan hari terdapat sebanyak 365 kali. Penemuan ini telah disebarkan melalui internet secara meluas untuk dikongsi manfaatnya oleh seluruh manusia. Orang yang mempunyai akal yang sihat akan mengatakan, Tidak mungkin suatu itu berlaku secara kebetulan bahkan ada perancangan yang jitu daripada yang menjadikan alam ini. Akal yang tajam akan mengakui kewujudan Tuhan yang Maha Berkuasa dalam menetapkan semua itu. Tidak mungkin Rasulullah s.a.w. melakukan sendiri tanpa bimbingan penuh atau wahyu yang diturunkan. Sememangnya semua perkara itu berada dalam perancangan dan pengetahuan Allah. Dia menurunkannya kepada manusia pilihan-Nya? Di sinilah kekurangan kita, banyak membaca al-Quran tanpa mengetahui maknanya. Kalaupun kita mengetahui maknanya tetapi tidak mengetahui tafsirannya. Tetapi kalau kita mengetahui tafsirannya, kita tidak mengetahui rahsianya.

Rahsia al-Quran keseluruhannya sudah tentu hanya ada di sisi Allah S.W.T. Namun manusia perlu terus berusaha memahami rahsia-rahsia ini setakat yang terdaya. Sebenarnya nilai iman dapat ditingkatkan jika rahsia demi rahsia itu dapat diungkai selari dengan bertambahnya usia manusia. Bukan sahaja nilai iman mereka yang beragama Islam, malah mereka yang ingkar selama ini, tidak mustahil akan menerima nur hidayah.

13 April 2010

Raja Dan Tiga Menteri Kabinetnya : Renungan Bersama

Suatu hari seorang raja telah memanggil tiga menterinya mengadap dan meminta mereka sesuatu yang aneh. Dia meminta ketiga-tiga menterinya itu agar masing-masing mengambil sebuah karung guni setiap seorang dan pergi ke taman istana dan mengisi karung tersebut untuk raja dari semua hal yang baik-baik, iaitu dari buah-buahan dan tanaman juga diminta. Dan diperintahkan juga untuk tidak mencari bantuan dari sesiapa pun dalam tugas ini dan tidak boleh menolong satu sama lain.

Menteri-menteri itu terasa aneh dengan permintaan raja itu dan setiap mereka mengambil setiap satu karung guni dan pergi ke kebun.

Adapun Menteri pertama, dia berpendapat perlu memberikan Raja semua buah-buahan yang terbaik dan memenuhi karung guni hasil tanaman terbaik dari buah-buahan tersebut.

Menteri kedua pula merasa yakin bahawa raja tidak mahu buah itu untuk dirinya dan bahawa ia tidak akan menyemak buah itu, maka ia pun mengisi karung guni dengan mengumpul buah dan mengabaikan pemeriksaan dan tidak memilih mana-mana buah yang baik untuk diisikan didalam karung guni sebagaimana yang telah disepakati.

Menteri ketiga tidak percaya bahawa Raja tertarik dengan isi karung guni itu lalu ia mengisinya dengan rumput dan daun.

Keesokan harinya, raja memerintahkan untuk dibawa kepadanya ketiga-tiga menterinya itu bersama tiga karung guni yang mereka isikan. Saat para menteri bertemu dengan Raja, Raja telah memerintahkan tenteranya untuk menangkap tiga menterinya itu dan memenjarakan mereka secara berasingan, masing-masing dikurung dengan karung guni mereka selama tiga bulan di penjara ditempat yang jauh dari orang dan tidak dapat dihubungi oleh sesiapapun dan tidak diberikan makan dan minum.

Menteri Pertama mendapat nikmat makan buah dari yang baik yang dikumpulnya hingga berakhir waktu tiga bulan.

Menteri kedua, tinggal dalam kesempitan semasa hidup tiga bulan di dalam penjara itu, kurang tenaga, kerana hanya bergantung kepada sebahagian sahaja buah yang baik yang dikumpulkannya.

Menteri ketiga pula, mati kebuluran berlaku sebelum bulan pertama.

(Saudara, menteri-menteri itu ialah ibarat manusia yang hidup di muka bumi, raja itu ialah ibarat Allah swt, tentera itu ialah ibarat malaikat, dan penjara itu ialah ibarat kubur kita nanti di alam barzakh)

Jadi tanyakan pada diri anda dari jenis apa pun anda. Anda sekarang di taman dunia, anda memiliki kebebasan dari raja untuk mengumpulkan pekerjaan baik atau pekerjaan yang buruk, tapi besok ketika diperintahkan Raja, agar kamu dipenjarakan, iaitu kamu mati, lalu dikuburkan. Di penjara yang gelap, sempit dan sendiri keseorangan, apakah yang anda yakini boleh menguntungkan anda selain dari hal-hal yang anda kumpulkan semasa hidup anda di dunia, dengan amalan kebajikan yang baik.

Saudara / saudari, kita berdiri sekarang dengan diri kita sendiri dan kita memutuskan apa yang akan kita lakukan besok di penjara kita.


(Dipetik daripada blog hamba Allah......)

Wassalam...